Loading...

PRE ORDER KELAB PENCURANG CINTA

Lokasi Perniagaan

Shah Alam, Selangor


TEMPAHAN AWAL 'KELAB PENCURANG CINTA'

Salam semua.

Kelab Pencurang Cinta merupakan sebuah karya tulisan Nami Cob Nobbler, penulis profilik yang telah menulis puluhan karya popular. Antara karya popular beliau ialah Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Bau Semangat Anak Muda, Rokok Nan Sebatang, Sunda: Pemberontakan Gelanggayu dan banyak lagi. 

Kelab Pencurang Cinta merupakan karya terbaru Nami dan merupakan judul pertama di bawah terbitan Gen Media, sebuah rumah penerbitan baru yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor.

Untuk terbitan pertama ini, kami membuka pra pesan atau pre order di mana para pembeli boleh membuat tempahan awal. Buku ini dijangka siap pada bulan NOVEMBER dan sebarang kemaskini akan dibuat menerusi media sosial rasmi Gen Media dan juga media sosial Nami sendiri.

Terima kasih di atas sokongan anda, majulah industri buku untuk negara. 


SINOPSIS KELAB PENCURANG CINTA

Sinopsis: Pencurang seringkali dilihat sebagai perbuatan yang keji, dan jahat. Tapi, kenapa pencurangan tetap berlaku?

Radzi dan Emma merupakan pasangan yang berkahwin hampir enam tahun, dan bercinta sejak di bangku sekolah. Mereka dilihat bak merpati dua sejoli, namun di satu majlis gathering bekas rakan sekolah, ada hati yang telah disentuh.

Ada hati kecil yang mencintai sepenuh hati sejak dahulu, namun tidak ada keyakinan, dia biarkan cinta itu pergi.

Sehingga dia sedar yang hidup cuma satu kali. Dan kalau tidak mencuba, dia akan gagal selamanya. Kadang-kadang, jodoh itu tersilap. Dan harus dibetulkan dengan kecurangan!

Anda boleh membaca 15 bab awal di threads @KelabPencurangCinta ataupun wattpad ComradeNami.


Wattpad Kelab Pencurang Cinta